Berikut
adalah langkah-langkah menanam kacang panjang yang boleh diikuti
sebagai panduan para pembaca diluar sana yang masih samar bagaimana
menanam benih kacang panjang.
Artikel ini hanya membincangkan dari ruang
lingkup sebagai hobi atau suka-suka sahaja terutamanya mereka yang suka
berkebun di halaman rumah dan tidak menekankan penanaman secara
komersil.
Sekiranya pembaca inginkan panduan menanam kacang panjang
secara komersil bolehlah mendapatkan khidmat nasihat dari jabatan
pertanian yang berdekatan atau mencari bahan bacaan selanjutnya di
internet. Kacang panjang merupakan tanaman yang boleh beradaptasi pada
iklim setempat di mana boleh ditanam sepanjang musim bagi di negara
kita.
Terdapat
dua kaedah yang boleh digunapakai untuk menanam kacang panjang. Bagi
keluasan tanah yang terhad bolehlah menanam benih kacang panjang dalam
pasu atau kontena yang sesuai. Manakala kaedah kedua pula adalah menanam
pada batas yang disediakan. Kes sebegini berlaku kepada kawasan tanah
atau halaman rumah yang luas. tetapi antara kaedah ini, kaedah kedua
adalah yang paling produktif dan lumayan hasilnya.
Pertama-tama
sekali pembaca hendaklah memilih variati kacang panjang yang hendak
ditanam terlebih dahulu. Pergilah ke nusery-nusery berhampiran atau
kedai-kedai pertanian dan bertanyalah benih kacang panjang yang sesuai
ditanam di tempat anda.
Seterusnya
pembaca haruslah menyediakan kawasan penanaman yang sesuai, pilih
tempat yang tidak terlindung dengan cahaya matahari. Makluman kepada
pembaca, kacang panjang memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk
tumbuhbesaran yang baik lebih kurang 6 jam atau lebih. Lebih dari 6 jam
lebih baik sebenarnya.
Jika tidak pokok kacang panjang tidak membesar
seperti yang dikehendaki, ketot dan terbantut serta penghasilan buah
kurang. Kacang panjang menyukai suhu panas di antara 15 hingga 24 darjah
Celsius bagi pertumbuhan yang optimum dan juga curahan hujan di antara
800 hingga 1500 ml setahun.
Untuk hasil yang baik, buatlah batas untuk menanam kacang panjang. Tidak kiralah ia saiz besar atau kecil kerana kita bukannya menjual hasilnya jadi batas yang disiapkan itu sekurang-kurangnya mampu mengelak dari takungan air dan memudahkan akar kacang panjang bergerak dengan baik.
Oleh yang demikian batas harus digembur kira-kira 15 cm hingga 22 cm,
benda asing seperti akar, rumput kering, daun kering dan sebagainya
keluarkan atau buang. Untuk hasil yang lebih baik gaul tanah yang
digembur tersebut kepada kompos atau tinja binatang lebih kurang 20 kg
mengikut saiz batas yang anda buat. Gunakan tinja binatang yang telah
reput sepenuhnya seperti tahi ayam atau lembu.
Bagi
mereka yang ingin menanam kacang panjang dalam pasu, kontena sederhana
besar atau polibag sederhana besar perlu mencampurkan tanah yang
digunakan dengan kompos dan pasir sungai. Gaul hingga sebati dan
campuran dengan nisbah 2:1:1 itu hendaklah diisi ke dalam pasu atau
polibag yang digunakan oleh pembaca.
Benih
kacang panjang biasanya di tanam terus ke tempat atau batas penanaman,
ia tidak perlu disemai terlebih dahulu. Bagi mereka yang memilih menanam
di atas batas tanam 2 hingga 3 biji selubang dengan jarak lubang antara
2 kaki (60 cm) dengan 1 1/2 inci ke dalam tanah atau mengikut kehendak
masing-masing. Hanya saja janganlah terlalu rapat lubang untuk menanam.
Oleh kerana kita menanam kacang panjang untuk kegunaan sendiri maka
tidak perlu mencabut anak pokok kacang panjang tersebut kerana ia boleh
mengeluarkan hasil dengan baik. Tanomkinotuan menanam 3 biji selubang
dan tidak ada masalah kecuali anda menanam secara komersil (secara
ladang) maka ikutilah panduan menanam kacang panjang yang disarankan
oleh jabatan pertanian.
Bagi
mereka yang memilih menanam di dalam pasu atau polibag pula tanam 2
biji benih dengan kedalaman 1 inci ke dalam tanah pasu. Siram pasu
tersebut dengan air yang mencukupi.
Kacang
panjang adalah tumbuhan menjalar, maka dengan itu perlu sediakan kayu
penyokong atau kayu junjung untuk membolehkan pokok kacang panjang
memanjat dengan baik. Kayu penyokong haruslah tidak terlalu kecil dan
juga tidak terlalu besar. Pilih kayu penyokong yang sesuai dan
sederhana. Banyak cara untuk menyediakan kayu penyokong ini antaranya:
1.
Tanam kayu penyokong satu kaki ke dalam tanah pada setiap pokok kacang
panjang, sekiranya anda mempunyai 6 pokok kacang panjang dalam satu
batas maka anda memerlukan 6 batang kayu penyokong. Kaedah ini tidak
memerlukan tali rafia kerana meyokong itu memadai untuk pokok kacan
panjang memanjat. kelemahan cara ini ialah menggunakan tenaga lebih
untuk mencari kayu penyokong dan bahan yang sukar dicari atau didapati.
2.
Kaedah kedua pula ialah menggunakan tiga kayu penyokong dengan menanam
kayu tersebut sedalam 1 kaki ke tanah pada kedua hujung batas (satu kayu
untuk setiap hujung batas) dan satu batang kayu penyokong lagi ditanam
di tengah batas.
Seterusnya perlukan dua batang kayu untuk diikat di
atas pada setiap kayu yang ditanam tadi secara menelentang. Ini
bertujuan agar pokok kacang panjang boleh menjalar di atas tanpa jatuh
ke bawah. Sediakan tali rapia untuk dijadikan penyokong atau junjung.
Siram
anak pokok kacang panjang dua kali sehari dan tidak perlu ketika hujan.
Kekurangan air pada batas atau tanah dalam pasu memungkinkan makanan
tidak dapat diserap dengan baik oleh akar pokok kacang panjang.
Mengenai
pembajaan pula. Terdapat dua cara yang boleh dipilih. Pertama
menggunakan baja NPK kimia di mana pembajaana boleh dilakukan pada
minggu kedua, keempat dan ketujuh pada pokok kacang panjang.
Kaedah
pembajaan baja kimia pada minggu kedua ialah dengan menabur baja subur
(berwarna merah) ke sekeliling batang pokok, pastikan ianya tidak
terkena batang pokok kacang panjang kerana ia boleh terbakar.
Minggu
keempat pula adalah campuran baja subur (warna merah) dan baja buah
(warna putih) dan minggu ketujuh pula juga campuran baja subur dan baja
putih. Jangan bubuh baja kimia/urea terlalu banyak pada batas.
Bagi yang
menggunakan baja organik tabur baja itu disekeliling pokok kacang
panjang selang dua minggu. Minggu keempat tabur baja subur organik dan
baja buah organik dan lalukan aktiviti pembajaan ini selang dua-dua
minggu.
Jangan bubuh terlalu banyak baja yang mempunyai sumber nitrogen
yang tinggi pada pokok kacang panjang. Ini hanya merimbunkan daunnya
tetapi hasil buahnya kurang atau lansung tidak berbuah.
Merumput
adalah aktiviti wajib dilakukan oleh pekebun atau pengemar berkebun di
mana cabut semua rumput rumpai yang tidak dikehendaki pada batas agar
persaingan mendapatkan makanan dapat dikurangkan.
Kawalan
perosak dan serangga adalah melihat gejala-gejala penyakit yang melanda
pokok kacang panjang. Apid adalah perosak yang sering menyerang pokok
ini. Untuk memusnahkannya harus sembur dengan air sabun buatan sendiri
(secara alami) atau sembur racun yang terpilih (tidak digalakkan
sekiranya tanaman itu untuk kegunaan sendiri). Antara penyakit yang
sering menyerang pokok kacang panjang ialah:
1. apid hitam dan apid putih
2. Daun terbakar disebabkan oleh virus daun
3. Pengorek akar
4. daun berkarat disebabkan oleh virus
1. apid hitam dan apid putih
2. Daun terbakar disebabkan oleh virus daun
3. Pengorek akar
4. daun berkarat disebabkan oleh virus
Hasil
boleh dituai selepas 6 minggu selepas menanam. Tuai buah kacang panjang
sebelum biji terbunjul. Buah kacang panjang akan sentiasa berbuah
selagi hayatnya masih baik atau tanpa serangan perosak. Untuk semaian
benih kacang panjang pada masa akan datang, jangan lupa mengutip buah
yang sudah tua/matang untuk mendapatkan benihnya. Dengan cara ini
pembaca tidak perlu lagi membeli benih kacang panjang untuk tanaman
musim yang seterusnya.
Kadang-kadang tanomkinotuan tidak membuat batas bilamana menanam benih kacang panjang kerana kacang panjang sangat mudah tumbuh. Walau bagaimanapun tanah yang digunakan adalah gembur dan kaya dengan nutrient semulajadi. Gambar di bawah menceritakan segalanya.
Selamat bertani dan menuai hasil...
Kadang-kadang tanomkinotuan tidak membuat batas bilamana menanam benih kacang panjang kerana kacang panjang sangat mudah tumbuh. Walau bagaimanapun tanah yang digunakan adalah gembur dan kaya dengan nutrient semulajadi. Gambar di bawah menceritakan segalanya.
Info lanjutan:
Bahasa Melayu: Kacang panjang
Bahasa Kadazandusun: balatung
Bahasa English: long bean, yard long bean, asparagus bean, Chinese long bean, garter bean, snake bean
Nama saintifik: Vigna sinensis