Tanaman pertanian selain faedah zahir yang diketahui terdapat jua khasiat tersembunyi....
Halaman
Rabu, 23 Oktober 2013
Cuba sendiri !....Acar buah.
Teringin sangat nak makan ACAR BUAH... yang dibeli dikedai selalu tak memenuhi selera saya. Kadang-kadang tak ada rasa (rasa saya lah, rasa orang lain tak tahu lah pulak), kadang-kadang tu rasa tomato. Ada pula tu buah sikit sangat.. emm memang lah.. saya pun paham, buah bukannya murah !. ''
OK lah kita buat sendiri aja. Sekali buat dapat 1 periuk hehehe...
Resepi ACAR BUAH ni adalah resepi turun temurun yg dipelajari dari EMAK dan di permodenkan oleh saya dengan penambahan buah-buahan Jeruk Moden. Tak sama saperti acar-acar biasa yang terdapat dipasaran yang lebih kepada rasa Manis.
Acar ini amat harum dengan rempah-rempah dirsamping Manis-Manis Buah, Masam-Macam Cuka dan Pedas-Pedas Cili Padi.
Sekali menumis, emmm kakak saya sebelah rumah bersuara, 'hang masak apa tu ? bau sedap sangat.
Jawap saya 'heh heh heh ....Alhamdulillah'.
Dalam hati ... 'Nanti semangkuk akan sampai depan pintu no..'
Jom kita semak RESEPI ...
BAHAN A (Bahan tumis)
1.5 cawan Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih + 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)
BAHAN B (Rempah tumis, Campur semua sekali)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar penuh serbuk cili
1/3 sudu besar 'halba sahaja'/ bukan halba campor ya.. (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Putih biji (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Manis biji (goreng kering dan ditumbuk)
1 sudu besar Rempah biji (goreng kering dan ditumbuk)
BAHAN C
3/4 botol cuka makan
1/2 kilo gula putih atau 3/4 kilo gula merah
Garam
BAHAN D (Buah-buahan)
1/2 Kilo Buah buahan Jeruk campur
3 biji Limau Jeruk (belah 12. Boleh di beli di Kedai Mamak: Limau Acar)
Prune tanpa tiada (* Tak dimasukkan sebab tak dapat cari. Kalau kat KL boleh dibeli di Pasar Chow Kit)
1 kotak Buah Kurma
1 cawan Cili Padi (lebih banyak lebih pedas .. lebih sedap)
15 ulas Bawang Putih (setiap ulas yg belah 2)
15 ulas Bawang Merah (setiap ulas yg belah 2)
1 cawan Kismis
1 paket buah pala (yang bersalut gula atau potongan dari 2 biji)
halia (sebesar 1/2 tapak tangan)
Buah belimbing kering (* Tak dimasukkan sebab tak ada stok)
* Panaskan air sampai mendidih dan celurkan satu-satu (SEKEJAP sahaja <> 0.5 minit) semua diatas kecuali 'Limau Jeruk dan buah pala'
BAHAN E (Untuk tabur)
3 sudu besar bijan (goreng kering)
2 sudu besar biji sawi (goreng kering)
Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..)
5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
* (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendirinya keluar sebagai kuah)
Boleh bertahan ~ 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dengan air.
* Selamat menjamu selera .....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan