Petua Buang Angin Dalam Badan Dan Ketahui Puncanya
Apabila seseorang itu silap makan atau lambat makan, mesti badan akan
masuk angin. Selepas itu, mulalah dan perut tak selesa. Kenapa ya,
benda ini boleh berlaku?
Antara Puncanya Badan Masuk Angin
Gas atau angin tu hadir dari dalam sistem
penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2
sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam
usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak
dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.
Gas yang terdapat dalam
sistem penghadaman atau sistem selalunya mengandungi gas yang tidak
berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana.
Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau
gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak
menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya
dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.
Tanda-tanda angin banyak dalam badan:
- Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
- Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
- Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
- Selalu menguap/mudah mengantuk.
- Sukar bernafas/nafas pendek.
- Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
- Kulit kering.
- ‘Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
- Perut berangin.
- Sakit kepala/migraine.
- Perasaan mudah marah.
- Hilang selera makan.
- Hilang/kurang nafsu seks
- Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.
Petua Buang Angin Dalam Badan
1) Bawang Putih
Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris
Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam.
- Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus.
- Kemuadian campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus.
- Serbuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ramuan ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam memanaskan badan yang sejuk.
4) Petua dari Saidina Ali Bin Abi Tholib r.a
Satu lagi petua dari yang diperolehi dari Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah, Saidina Ali berkata :
“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”
Jadi jom kita praktikkan petua Saidina Ali nih. Apabila hendak mula makan. Kita hidu semua bau makanan supaya ‘Angin dan punca penyakit’ dalam makanan boleh hilang. Insyaallah.
Selain daripada itu, anda boleh mengamalkan cara di bawah untuk membuang badan:
Selain daripada itu, anda boleh mengamalkan cara di bawah untuk membuang badan:
- Banyakkan minum air kosong.
- Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
- Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan