Isnin, 24 November 2014

POKOK PATAWALI DAN KHASIAT PERUBATAN

  

Nama Botani: Tinosprora Tuberculata


Nama Lain: Patawali, Putawali, Akar Seruntum

Famili: Menispermaceae


Pengenalan:

Pokok jenis memanjat yang berkayu lembut. Batang poko berkeadaan berbintil-bintil, berkulit nipis dan mudah dipisahkan. 

Ukuran garispusat batang ialah antara 1.0-1.5 cm, mengeluarkan getah putih dan berlendir, dan rasanya pahit. 

Daun bersifat ringkas, nipis, lembut, berbentuk hati dan tersusun secara berselang. Ukurannya ialah lebih kurang 9-10 cm panjang dan 7-8 cm lebar. 

Permukaan di bahagian atas dan bawah daun adalah licin. Bahagian hujung daun berkeadaan runcing. Peruratan palmat dengan 7 urat utama yang nampak jelas pada permukaan bawah daun. Tangkai daun berukuran 4-5 cm panjang.


Khasiat dan Kegunaan

Air seduhan batang patawali diminum bagi membunuh cacing dalam perut sementara air seduhan keseluruhan tumbuhan digunakan bagi merawat cholera, juandis, darah tinggi, sakit perut dan kencing manis. 

Penggunaan luarannya pula adalah bagi merawat kudis buta dan luka. 

Adalah dipercayai bahawa dengan meminum air rebusan patawali secara berterusan akan dapat mengelak daripada gigitan nyamuk dan menghalang jangkitan penyakit malaria.

Ahad, 14 September 2014

10 Pokok Pembersih Udara Dalam Rumah 

 

Meskipun kita membersihkan rumah setiap hari atau hujung minggu, itu tidak memberi jaminan bahawa kediaman kita bebas daripada partikel racun seperti gas toluena, xilena, etil asetat, aseton, kloroform, benzena, trichloroethylene dan formaldehid.

Kesemua unsur ini boleh didapati daripada penggunaan kimia di dalam cat, penyembur minyak wangi, sabun pencuci dan banyak lagi yang tidak kita sedari. Penyebaran gas itu boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, gatal kulit dan paling serius, kanser!

Kumpulan penyelidik dari NASA dan Associate Landscape Contractors of America (Alca) menjalankan penyelidikan mengenai unsur racun dalam bahan penjagaan rumah.

Mereka menemui 10 jenis pokok yang boleh mengurang dan menghilangkan partikel racun berbahaya dalam udara di rumah sekali gus mengembalikan kesegaran.

1. CHLOROPHYTUM COMOSUM

Juga dipanggil spider plant dan airplane plant, berasal dari Afrika dan digolongkan dalam keluarga Asparagaceae.

Awal penemuannya pada 1794, ia dikenali sebagai Anthericum comosum oleh pakar naturalis berbangsa Sweden, Carl Peter Thun Berg. Pada 1862, ia diberi nama baru yang kekal sehingga sekarang.

Terbahagi kepada dua spesies iaitu Vittatum dan Variegatum. Kedua-duanya popular sebagai pokok hiasan di rumah dan diiktiraf oleh Royal Horticultural Society, London.

Mudah ditanam dalam apa jua persekitaran dan mudah dijaga. Dalam tempoh setahun, ia menghasilkan bunga berkelopak putih dipanggil runners.

Bagi memastikan daunnya cantik dan segar, tanam pokok ini di kawasan yang menerima banyak cahaya matahari.

 2. SCINDAPSUS

Daripada keluarga Araceae, pokok menjalar ini banyak dijumpai di Asia. Ia juga dipanggil Devil’s ivy kerana kemampuannya membesar dengan mudah meskipun di tempat redup.

Terdiri daripada 40 spesies, ia sering disalah anggap sebagai pokok Epipremnum kerana mempunyai rupa bentuk daun yang sama. Perbezaan mereka hanyalah pada jumlah dan bentuk benih yang dihasilkan.

Memerlukan penjagaan minimum. Sekiranya permukaan daun berdebu, memadai hanya sembur sedikit air untuk membersihkannya.

3. NEPHROLEPIS EXALTATA

Biasa dijumpai di dalam hutan di kawasan berpaya sekitar Amerika Selatan, Mexico dan Afrika. Spesies paku pakis daripada keluarga Lomariopsidaceae lebih dikenali dengan nama Sword fern.

Sangat toleransi dengan musim kering sehingga kemarau, pokok ini sesuai dijadikan tanaman hiasan bergantung kerana daunnya tumbuh berjuntaian antara 50 hingga 250 sentimeter.

Pokok tidak mengandungi toksin selamat dimakan oleh haiwan seperti kucing. Ia tidak perlu disiram selalu dan mudah dijaga.

4. SYNGONIUM PODOPHYLLUM

Dikategorikan sebagai pokok berbunga daripada keluarga Araceae, ia mempunyai kira-kira 36 spesies. Daunnya berubah bentuk mengikut tempoh pembesaran.

Daya penarik itu menyumbang kepada popularitinya sebagai pokok hiasan yang diminati sejak kurun ke-19 lagi.

Pokok ini juga dipanggil Arrowhead plant, sangat menyukai kelembapan dan suasana redup. Pastikan daunnya disemburkan air dengan kerap.

5. CHAMAEDOREA ELEGANS

Daripada jenis pokok palma kecil, ia juga dipanggil Parlour palm dan banyak dijumpai di selatan Mexico dan Guatemala.

Di negara beriklim tropika misalnya di Tenggara Amerika Syarikat, ia dijadikan penghias taman riadah manakala kawasan beriklim khatulistiwa, ia dijadikan pokok hiasan di rumah.

Tumbuh sehingga dua meter tinggi, pokok ini pernah menerima anugerah daripada Royal  orticultural Society, London, mengambil masa lama untuk membesar sepenuhnya.

6. SPATHIPHYLLUM CUPIDO

 

Berasal dari Columbia, tumbuhan berbunga putih daripada keluarga Araceae mula diperkenalkan di Eropah pada 1870.

Juga dipanggil bunga lili atau the Peace Lily berikutan bentuk bunga seakan-akan bunga itu. Ia memerlukan air yang banyak dan sangat suka suasana redup.

Bagaimanapun, pokok ini boleh memudaratkan sesiapa sahaja memakannya kerana mengandungi calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan radang dan muntah.

7. PHILODENDRON IMPERIAL RED

Hibrid dari China ini pada awal tumbesarannya, berdaun merah batu bata namun semakin membesar, daun bertukar menjadi hijau.

Ia mampu hidup dalam apa jua persekitaran lebih-lebih lagi sederhana panas dan dipanggil Pholodendron rouge.

8. ASPARAGUS SETACEUS

Dikenali dengan nama Ferny Asparagus kerana daun seperti paku-pakis. Pokok ini menghasilkan buah kecil berwarna hijau yang bertukar hitam apabila masak.

Berasal dari Selatan Afrika, tergolong dalam keluarga Asparagales dan diperkenalkan oleh botani Jerman bernama Carl Sigismund Kunth.

Nama setaceus berasal dari perkataan Latin bermaksud rambut.

9. DRACAENA FRAGRANS

Juga dipanggil cornstalk dan Chinese money tree, popular dari negara Sudan, Mozambique sehinggalah ke Angola di Afrika. Malah dijadikan pokok suci oleh kaum Chagga di Tanzania.

Penyelidikan oleh NASA Clean Air Study membuktikan pokok ini mampu membersihkan udara yang dicemari formaldehyde, xylene dan toluene.

10. GINSENG FICUS

Menjadi pilihan utama mereka yang menggemari seni bonsai sekitar Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Taiwan. Tidak hairanlah ia juga dipanggil Taiwan Ficus.

Spesies bonsai mudah ditanam dan dijaga. Namun kelembapan tanahnya perlu diperiksa selalu agar tidak terlalu kering kerana ia memerlukan air mencukupi untuk kekal segar.

Sabtu, 12 Julai 2014

KHASIAT KURMA


 
Pokok Kurma


KURMA DARI SEGI PANDANGAN ISLAM

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.


Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.



Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
 
KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria

Kandungan Kurma Kering
%
Gula
Lebih 50
Protein
Lebih 2
Lemak
Lebih 2
Sumber Mineral
Lebih 2
Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.

Kurma Mencegah Serangan Stroke

•        Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya.  Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.
Cukup  Lima Butir Sehari..!

*      Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California Utara, AS, diketahui, perbezaan kecil konsentrasi kalium pada pola makanan dapat memprediksi mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih dari 3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari) mempunyai risiko stroke fatal jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang konsumsi kaliumnya paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada lelaki dan 4,8 kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang dikonsumsi biasanya makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium (minimal 400 mg setiap hari) risiko fatal boleh diturunkan sampai 40%. Tahap  400 mg kalium itu mudah sekali Anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja, atau setara dengan lima butir kurma. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu menurunkan tekanan darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung, sebagaimana  kondisi tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Diantara kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami perdarahan otak. Sementara 40% pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.

Dari hasil penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, konsumsi ekstra kalium dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini membuat pembuluh darah tidak mudah rusak akibat tekanan darah. Jadi jelas, kurma yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa di Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang biasa. Diam-diam ia menyimpan senjata potensial antistroke dan antiserangan jantung. Meskipun demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih perlu dibuktikan lebih lanjut melalui penelitian.
Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer

*      Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin. Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering  juga kaya dgn kalium  kerana ia juga mengandung salisilat.

Orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama  dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma.  
 
Di pihak lain , para pakar tergugah rasa ingin tahu terhadap perkembangan bahwa salisilat pada makanan boleh memberikan prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada kaijan yang membuktikan, aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose yang biasa diminum per hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau stroke.

Berdasarkan hal itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam makanan yang dikonsumsi  boleh juga meredakan sakit kepala.

Komposisi Gizi


*      Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka
produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap.

Di negera Arab kurma  mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.

Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembek dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari)

Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).

Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.  
 
Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini  juga kaya dengan serat.

Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.

Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.

Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.

Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang  secara  mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.


Ahad, 29 Jun 2014

Khasiat & Kelebihan Buah Betik


Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita.

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah Betik juga kaya dengan zat vitamin C. Malahan kandungan vitamin C dalam buah betik adalah lebih tinggi dari yang terdapat di dalam buah limau. Setengah biji buah betik yang sederhana saiznya dapat membekalkan kita 100% keperluan vitamin C dalam sehari,

Buah betik juga mengandungi zat vitamin A dan berbagai jenis zat vitamin B seperti Riboflavin, zat folate dan cryptoxanthin. Zat ini adalah sejenis carotene yang menghasilkan warna bagi isi buah betik. Unsur ini amat penting sekali bagi kesihatan jantung kita kerana ia dapat melindunginya daripada kerosakan.

Selain zat vitamin, buah betik juga mengandungi serat, zat protein dan enzim papain. Enzim papain adalah unsur yang amat berkesan dalam proses penghadaman makanan.

KEBAIKAN BETIK

1) Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

2) Ubat bagi sembelit dan bawasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

Pendek kata, betik adalah tonik ideal serta murah jika kita ingin mengekalkan kesihatan jantung, hati, otak, saraf dan darah kita.

Buah Betik ataupun nama saintiknya Carica Papaya L adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang. Pokok betik juga mempunyai pelbagai khasiat. Betik juga sangat berkhasiat jika dimakan.

Di samping itu berikut adalah khasiat lain buah betik;
  • Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  • Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
  • Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
  • Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

Khamis, 5 Jun 2014

Bendi mampu cegah obesiti, diabetes

OLEH: NAJJEEHA A HADI 






Bendi, juga dikenali sebagai lady finger adalah salah satu daripada sayur-sayuran sangat berkhasiat, biasanya dimakan ketika buahnya berwarna hijau, lembut, dan belum matang.

Tumbuhan berbunga ini berasal dari keluarga Malvaceae (Mallows) dan dinamakan secara saintifik sebagai abelmoschus esculentus.

Tanaman ini banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas lembap. Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, rebus atau goreng) dan dibuat jeruk.

Biji bendi boleh dibuat serbuk kopi sementara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi serat.
Buah bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B.

Bendi juga merupakan sejenis buah yang paling kaya dengan kandungan kalsium.

Sebenarnya biji sayur bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daun sayur bendi juga boleh dimakan sebagai sayur.

Kandungan serat yang tinggi di dalam buah bendi telah dibuktikan melalui beberapa kajian saintifik.

Oleh itu, ramai pakar kesihatan mencadangkan pengambilan bendi bagi menyamankan sistem pencernaan di dalam badan kita.

Ini kerana, bendi kaya dengan gentian yang membantu proses pencernaan di dalam badan dengan membantu pergerakan usus dengan betul.
  
Seterusnya ialah bendi dapat mencegah penyakit diabetes. Tanaman ini di kenali untuk membantu dalam pencegahan penyakit kencing manis. Ianya kaya dengan gentian yang membantu dalam pencegahan penyakit ini.

Oleh itu, amatlah disarankan agar pengambilan bendi di dalam pemakanan kita agar dari awal dapat mencegah penyakit ini.

Bendi juga mempunyai kandungan vitamin B12 iaitu folates. Folates umumnya diperlukan bagi wanita yang mengandung bagi menjaga kesihatan bayi.

Ini kerana folates telah diyakini dapat mengurangkan kecacatan tiub neural bayi yang baru dilahirkan. Jadi bendi amatlah disyorkan untuk wanita dalam tempoh konsep pralahir atau mengandung.

Selain itu, kandungan vitamin K di dalam bendi juga amat penting bagi tubuh kita. Vitamin K merupakan komponen utama dalam proses pembekuan darah. Vitamin K juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan tulang dalam badan kita.

Penggunaan bendi, sama ada dalam bentuk mentah atau dimasak, boleh mengelakkan obesiti kepada tahap yang hebat.

Ini kerana tidak ramai yang tahu bahawa obesiti tidak semestinya disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tetapi juga disebabkan oleh kekurangan nutrient dalam badan.

Bendi yang kaya dengan nutrien dapat mengekalkan keseimbangan zat di dalam badan kita hingga obesiti dapat dicegah.

Bagi pesakit jantung dan pesakit yang mempunyai tekanan darah yang tinggi, pengambilan bendi amatlah disarankan kerana sayuran buah ini dapat memastikan penyerapan yang lebih rendah kolesterol sekali gus dapat mencegah penyakit jantung dan penyakit yang berlaku disebabkan oleh kolesterol dalam darah.

Kolesterol adalah kandungan utama dalam badan yang mencetuskan obesiti dan penyakit jantung.
  
Bendi juga dikenalpasti dapat merawat pelbagai penyakit iaitu antaranya termasuklah merawat asma, mencegah kanser kolon dan sembelit. Bendi merupakan sayuran buah yang mudah didapati di mana sahaja.

Marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan memulakan pengambilan bendi ke dalam makanan seharian kita.

Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Abelmoschus
Spesies: A. esculentus
Nama binomial: Abelmoschus esculentus

(*)  Penulis ialah pelajar Bachelor of Pharmacy, Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia.

Rabu, 28 Mei 2014

PANDUAN MENANAM JAGUNG

 


PENYEDIAAN TANAH

Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22cm (6-9 in). Sekiranya tanah senang bertakung air, penanaman hendaklah dilakukan di atas batas yang berukuran 30cm  ( 1
2 in) lebar, 22cm (9in) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in). Gunakan 300 biji benih bagi kawasan seluas 300m (3200
kaki) persegi.

Dalam Pasu dan Bekas

Gunakan yanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebu
t sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

PENANAMAN

Di Ladang

Semai 2 atau 3 bii benih terus ke batas sedalam 2.5 cm ( 1in ). Jarak tanaman ialah 75 cm ( 30 in) antara barisan dan 30 cm ( 12 in ) antara pokok. Penjarangan di buat 2 min
ggu selepas menanam dengan meninggalkan satu pokok yang sihat sahaja selubang.

Dalam Pasu dan Bekas

Semai 2 biji terus ke dalam pasu sedalam 2.5 cm. Penjarangan anak pokok dilakukan 2 minggu selepas menanam.Tinggalkan satu pokok sahaja sepasu.

PEMBAJAAN

Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepanjang baris pada minggu ke 2,3 dan 4 selepas menanam. Setiap kali menabur dengan kadar 10 kg baja untuk setiap 300 m persegi

Dalam Pasu dan Bekas

Tabur 1 sudu the (5 g) NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.

PENGAIRAN

Di syorkan penyiraman dilakukan 2 kali sekali pada musim p
anas.

MERUMPUT

Kawal rumpai sepanjang masa. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan atau cangkul.

MENGAWAL SERANGGA DAN PENYAKIT

Sembur racun serangga jika perlu.

MEMUNGUT HASIL

Hasil mula dituai 10 minggu selepas ditanam. Kira-kira 900 hingga 1200 tongkol boleh di dapati dari kawasan seluas 300 m persegi.

 

Selasa, 11 Mac 2014

Kacang Botol @ Kacang Kelisa Penyeri Taman

Dipetik dari : agrohias.blogspot

Amat mudah menanam tumbuhan menjalar ini. Hanya beberapa butir biji benih yang disemai berhampiran pojok pagar akhirnya menjadi rimbunan yang menghijau.Jika dibiarkan, mahu seluruh pagar dipenuhi dengan tumbuhan ini.



Bunga kacang kelisa yang berwarna "purple" memberi pandangan menarik.





Juntaian buah yang sedia untuk dipetik.



Baja siraman atau semburan digunakan untuk memulih daun yang kekuningan.





  Hasil tuaian.



Boleh dijadikan ulaman mentah, direbus atau dibuat kerabu.


Khamis, 6 Februari 2014

Petua Buang Angin Dalam Badan Dan Ketahui Puncanya


Petua Buang Angin Dalam Badan Dan Ketahui Puncanya 

Apabila seseorang itu silap makan atau lambat makan, mesti badan akan masuk angin. Selepas itu, mulalah dan perut tak selesa. Kenapa ya, benda ini boleh berlaku? 

Antara Puncanya Badan Masuk Angin

Gas atau angin tu hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita. 

Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:
  • Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
  • Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
  • Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
  • Selalu menguap/mudah mengantuk.
  • Sukar bernafas/nafas pendek.
  • Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
  • Kulit kering.
  • ‘Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
  • Perut berangin.
  • Sakit kepala/migraine.
  • Perasaan mudah marah.
  • Hilang selera makan.
  • Hilang/kurang nafsu seks
  • Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

 

 Petua Buang Angin Dalam Badan

 

 

Petua Buang Angin Dalam Badan Dan Ketahui Puncanya 2 Petua Buang Angin Dalam Badan Dan Ketahui Puncanya
Bawang Putih

1) Bawang Putih

Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris

Petua Buang Angin Dalam Badan Dan Ketahui Puncanya 3 Petua Buang Angin Dalam Badan Dan Ketahui Puncanya

2) Bunga Cengkih

Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam.
  • Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus.
  • Kemuadian campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus.
  • Serbuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ramuan ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam memanaskan badan yang sejuk.

4) Petua dari Saidina Ali Bin Abi Tholib r.a

Satu lagi petua dari yang diperolehi dari Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah, Saidina Ali berkata :
“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”
Jadi jom kita praktikkan petua Saidina Ali nih. Apabila hendak mula makan. Kita hidu semua bau makanan supaya ‘Angin dan punca penyakit’ dalam makanan boleh hilang.  Insyaallah.


Selain daripada itu, anda boleh mengamalkan cara di bawah untuk membuang badan:
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
  • Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah