Halaman

Rabu, 28 Mei 2014

PANDUAN MENANAM JAGUNG

 


PENYEDIAAN TANAH

Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22cm (6-9 in). Sekiranya tanah senang bertakung air, penanaman hendaklah dilakukan di atas batas yang berukuran 30cm  ( 1
2 in) lebar, 22cm (9in) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in). Gunakan 300 biji benih bagi kawasan seluas 300m (3200
kaki) persegi.

Dalam Pasu dan Bekas

Gunakan yanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebu
t sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

PENANAMAN

Di Ladang

Semai 2 atau 3 bii benih terus ke batas sedalam 2.5 cm ( 1in ). Jarak tanaman ialah 75 cm ( 30 in) antara barisan dan 30 cm ( 12 in ) antara pokok. Penjarangan di buat 2 min
ggu selepas menanam dengan meninggalkan satu pokok yang sihat sahaja selubang.

Dalam Pasu dan Bekas

Semai 2 biji terus ke dalam pasu sedalam 2.5 cm. Penjarangan anak pokok dilakukan 2 minggu selepas menanam.Tinggalkan satu pokok sahaja sepasu.

PEMBAJAAN

Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepanjang baris pada minggu ke 2,3 dan 4 selepas menanam. Setiap kali menabur dengan kadar 10 kg baja untuk setiap 300 m persegi

Dalam Pasu dan Bekas

Tabur 1 sudu the (5 g) NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.

PENGAIRAN

Di syorkan penyiraman dilakukan 2 kali sekali pada musim p
anas.

MERUMPUT

Kawal rumpai sepanjang masa. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan atau cangkul.

MENGAWAL SERANGGA DAN PENYAKIT

Sembur racun serangga jika perlu.

MEMUNGUT HASIL

Hasil mula dituai 10 minggu selepas ditanam. Kira-kira 900 hingga 1200 tongkol boleh di dapati dari kawasan seluas 300 m persegi.