Halaman

Rabu, 30 Disember 2015

KHASIAT DAUN INAI

POKOK INAI
Dipetik dari FB


Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.

Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.

Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.

Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.


Rabu, 21 Oktober 2015








17 Petua Halau Tikus Paling Berkesan. 


Dipetik dari : DETIK DAILY


Tikus adalah salah satu agen penyakit dan perosak kebanyakkan suri rumah menghadapinya. Bukan itu sahaja, malah melihatnya juga sudah menggelikan. Jadi bagaimanakah caranya untuk menghalau haiwan perosak ini? Silap hari bulan kalau tidak dicegah boleh membawa maut.

1. Daun Pandan 
Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.

2. Daun Semambu
Letakkan daun semambu di laluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam.

3. Daun Durian Belanda
Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian. Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi.

4. Jering
Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering.

5. Serbuk Lada Hitam
Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.

6. Buah Pong-Pong
 Buah Pong-Pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan pada kawasan yang disyaki ada tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi. Bagi yang pertama kali dengar nama buah Pong-Pong, boleh dapatkan maklumat lanjut dari Wikipedia. Amaran: Buah Pong-Pong adalah beracun. Jangan dimakan.

7. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

8. Minyak Pudina 
Sapukan minyak pudina pada kain dan letakkan pada di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menyukai bau pudina.

9. Kapur Barus
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.

Cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tidak sesuai bagi yang ada anak kecil. Takut anak-anak ingat itu adalah gula-gula!

10. Cat Badan Tikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan tikus-tikus lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

11. Kulit Durian
 Letakan beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yang menusuk hidung dan berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda.

12. Bela Kucing 
Petua halau tikus ini hanyalah untuk orang yang sukakan kucing. Peliharalah kucing di rumah anda, pastinya tikus akan takut untuk datang ke rumah anda. Kucing adalah musuh utama tikus. Cuma jangan bela kucing mahal yang cuma pandai tengok tikus lalu sahaja.

13. Buah Kepompong
Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus.

14. Perangkap TikusLetakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.

15. Tutup Semua Laluan Masuk Tikus
Tutup semua laluan yang membolehkan tikus masuk ke rumah. Pasangkan jaring atau tutup terus laluan masuk. Jangan sampai ada sedikit ruang kerana tikus boleh melepasi ruang sempit itu.

16. Guna Serai Wangi
Petua halau tikus yang terakhir ialah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain.

17. Lantik syarikat pengendali haiwan perosak (pest control)
Kalau ada modal lebih, cari penyedia servis yang benar-benar berkebolehan membantu kita menyelesaikan masalah ini. Ada jenis orang yang geli untuk pegang tikus mati. Maka, syarikat seperti ini boleh membantu.

Jika ragu-ragu, rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian Malaysia untuk senarai syarikat pengendali haiwan dan makhluk perosak yang berdaftar.

Akhir kata

Demikian beberapa tips atau petua halau tikus dari kami. Selain itu juga, kebersihan rumah juga perlu dijaga kerana sisa-sisa makanan boleh mengundang tikus. Sentiasa membuang sampah pada waktu awal pagi dan malam supaya tikus tidak mencari sisa makanan di dalam rumah.

Sentiasalah mengawasi tahap kebersihan di sekitar kawasan perumahan, dan penduduk boleh bekerjasama untuk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan. Akhir kata, kebersihan menjamin kesihatan.


Ahad, 20 September 2015









Berikut adalah langkah-langkah menanam kacang panjang yang boleh diikuti sebagai panduan para pembaca diluar sana yang masih samar bagaimana menanam benih kacang panjang. 

Artikel ini hanya membincangkan dari ruang lingkup sebagai hobi atau suka-suka sahaja terutamanya mereka yang suka berkebun di halaman rumah dan tidak menekankan penanaman secara komersil. 

Sekiranya pembaca inginkan panduan menanam kacang panjang secara komersil bolehlah mendapatkan khidmat nasihat dari jabatan pertanian yang berdekatan atau mencari bahan bacaan selanjutnya di internet. Kacang panjang merupakan tanaman yang boleh beradaptasi pada iklim setempat di mana boleh ditanam sepanjang musim bagi di negara kita.

Terdapat dua kaedah yang boleh digunapakai untuk menanam kacang panjang. Bagi keluasan tanah yang terhad bolehlah menanam benih kacang panjang dalam pasu atau kontena yang sesuai. Manakala kaedah kedua pula adalah menanam pada batas yang disediakan. Kes sebegini berlaku kepada kawasan tanah atau halaman rumah yang luas. tetapi antara kaedah ini, kaedah kedua adalah yang paling produktif dan lumayan hasilnya.

Pertama-tama sekali pembaca hendaklah memilih variati kacang panjang yang hendak ditanam terlebih dahulu. Pergilah ke nusery-nusery berhampiran atau kedai-kedai pertanian dan bertanyalah benih kacang panjang yang sesuai ditanam di tempat anda.

Seterusnya pembaca haruslah menyediakan kawasan penanaman yang sesuai, pilih tempat yang tidak terlindung dengan cahaya matahari. Makluman kepada pembaca, kacang panjang memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbuhbesaran yang baik lebih kurang 6 jam atau lebih. Lebih dari 6 jam lebih baik sebenarnya. 

Jika tidak pokok kacang panjang tidak membesar seperti yang dikehendaki, ketot dan terbantut serta penghasilan buah kurang. Kacang panjang menyukai suhu panas di antara 15 hingga 24 darjah Celsius bagi pertumbuhan yang optimum dan juga curahan hujan di antara 800 hingga 1500 ml setahun. 

Untuk hasil yang baik, buatlah batas untuk menanam kacang panjang. Tidak kiralah ia saiz besar atau kecil kerana kita bukannya menjual hasilnya jadi batas yang disiapkan itu sekurang-kurangnya mampu mengelak dari takungan air dan memudahkan akar kacang panjang bergerak dengan baik. 

 Oleh yang demikian batas harus digembur kira-kira 15 cm hingga 22 cm, benda asing seperti akar, rumput kering, daun kering dan sebagainya keluarkan atau buang. Untuk hasil yang lebih baik gaul tanah yang digembur tersebut kepada kompos atau tinja binatang lebih kurang 20 kg mengikut saiz batas yang anda buat. Gunakan tinja binatang yang telah reput sepenuhnya seperti tahi ayam atau lembu. 

Bagi mereka yang ingin menanam kacang panjang dalam pasu, kontena sederhana besar atau polibag sederhana besar perlu mencampurkan tanah yang digunakan dengan kompos dan pasir sungai. Gaul hingga sebati dan campuran dengan nisbah 2:1:1 itu hendaklah diisi ke dalam pasu atau polibag yang digunakan oleh pembaca.

Benih kacang panjang biasanya di tanam terus ke tempat atau batas penanaman, ia tidak perlu disemai terlebih dahulu. Bagi mereka yang memilih menanam di atas batas tanam 2 hingga 3 biji selubang dengan jarak lubang antara 2 kaki (60 cm) dengan 1 1/2 inci ke dalam tanah atau mengikut kehendak masing-masing. Hanya saja janganlah terlalu rapat lubang untuk menanam. 

Oleh kerana kita menanam kacang panjang untuk kegunaan sendiri maka tidak perlu mencabut anak pokok kacang panjang tersebut kerana ia boleh mengeluarkan hasil dengan baik. Tanomkinotuan menanam 3 biji selubang dan tidak ada masalah kecuali anda menanam secara komersil (secara ladang) maka ikutilah panduan menanam kacang panjang yang disarankan oleh jabatan pertanian. 

Bagi mereka yang memilih menanam di dalam pasu atau polibag pula tanam 2 biji benih dengan kedalaman 1 inci ke dalam tanah pasu. Siram pasu tersebut dengan air yang mencukupi.

Kacang panjang adalah tumbuhan menjalar, maka dengan itu perlu sediakan kayu penyokong atau kayu junjung untuk membolehkan pokok kacang panjang memanjat dengan baik. Kayu penyokong haruslah tidak terlalu kecil dan juga tidak terlalu besar. Pilih kayu penyokong yang sesuai dan sederhana. Banyak cara untuk menyediakan kayu penyokong ini antaranya:

1. Tanam kayu penyokong satu kaki ke dalam tanah pada setiap pokok kacang panjang, sekiranya anda mempunyai 6 pokok kacang panjang dalam satu batas maka anda memerlukan 6 batang kayu penyokong. Kaedah ini tidak memerlukan tali rafia kerana meyokong itu memadai untuk pokok kacan panjang memanjat. kelemahan cara ini ialah menggunakan tenaga lebih untuk mencari kayu penyokong dan bahan yang sukar dicari atau didapati.

2. Kaedah kedua pula ialah menggunakan tiga kayu penyokong dengan menanam kayu tersebut sedalam 1 kaki ke tanah pada kedua hujung batas (satu kayu untuk setiap hujung batas) dan satu batang kayu penyokong lagi ditanam di tengah batas. 

Seterusnya perlukan dua batang kayu untuk diikat di atas pada setiap kayu yang ditanam tadi secara menelentang. Ini bertujuan agar pokok kacang panjang boleh menjalar di atas tanpa jatuh ke bawah. Sediakan tali rapia untuk dijadikan penyokong atau junjung.

Siram anak pokok kacang panjang dua kali sehari dan tidak perlu ketika hujan. Kekurangan air pada batas atau tanah dalam pasu memungkinkan makanan tidak dapat diserap dengan baik oleh akar pokok kacang panjang. 

Mengenai pembajaan pula. Terdapat dua cara yang boleh dipilih. Pertama menggunakan baja NPK kimia di mana pembajaana boleh dilakukan pada minggu kedua, keempat dan ketujuh pada pokok kacang panjang. 

Kaedah pembajaan baja kimia pada minggu kedua ialah dengan menabur baja subur (berwarna merah) ke sekeliling batang pokok, pastikan ianya tidak terkena batang pokok kacang panjang kerana ia boleh terbakar. 

Minggu keempat pula adalah campuran baja subur (warna merah) dan baja buah (warna putih) dan minggu ketujuh pula juga campuran baja subur dan baja putih. Jangan bubuh baja kimia/urea terlalu banyak pada batas. 

Bagi yang menggunakan baja organik tabur baja itu disekeliling pokok kacang panjang selang dua minggu. Minggu keempat tabur baja subur organik dan baja buah organik dan lalukan aktiviti pembajaan ini selang dua-dua minggu. 
Jangan bubuh terlalu banyak baja yang mempunyai sumber nitrogen yang tinggi pada pokok kacang panjang. Ini hanya merimbunkan daunnya tetapi hasil buahnya kurang atau lansung tidak berbuah.

Merumput adalah aktiviti wajib dilakukan oleh pekebun atau pengemar berkebun di mana cabut semua rumput rumpai yang tidak dikehendaki pada batas agar persaingan mendapatkan makanan dapat dikurangkan.

Kawalan perosak dan serangga adalah melihat gejala-gejala penyakit yang melanda pokok kacang panjang. Apid adalah perosak yang sering menyerang pokok ini. Untuk memusnahkannya harus sembur dengan air sabun buatan sendiri (secara alami) atau sembur racun yang terpilih (tidak digalakkan sekiranya tanaman itu untuk kegunaan sendiri). Antara penyakit yang sering menyerang pokok kacang panjang ialah:

1. apid hitam dan apid putih
2. Daun terbakar disebabkan oleh virus daun
3. Pengorek akar
4. daun berkarat disebabkan oleh virus

Hasil boleh dituai selepas 6 minggu selepas menanam. Tuai buah kacang panjang sebelum biji terbunjul. Buah kacang panjang akan sentiasa berbuah selagi hayatnya masih baik atau tanpa serangan perosak. Untuk semaian benih kacang panjang pada masa akan datang, jangan lupa mengutip buah yang sudah tua/matang untuk mendapatkan benihnya. Dengan cara ini pembaca tidak perlu lagi membeli benih kacang panjang untuk tanaman musim yang seterusnya.

Kadang-kadang tanomkinotuan tidak membuat batas bilamana menanam benih kacang panjang kerana kacang panjang sangat mudah tumbuh. Walau bagaimanapun tanah yang digunakan adalah gembur dan kaya dengan nutrient semulajadi. Gambar di bawah menceritakan segalanya.



Selamat bertani dan menuai hasil...


Info lanjutan:

Bahasa Melayu: Kacang panjang
Bahasa Kadazandusun: balatung
Bahasa English: long bean, yard long bean, asparagus bean, Chinese long bean, garter bean, snake bean
Nama saintifik: Vigna sinensis

Khamis, 11 Jun 2015

Bagaimana Mahu Dapatkan Telur Separuh Masak Yang Sempurna


Masa kanak-kanak dahulu, ibu kami selalu masak telur separuh masak makan dengan nasi lemak. Masa kanak-kanak semua nampak mudah sehinggalah menjengah dewasa, baru kami tahu rupanya ada rahsia tertentu untuk dapatkan telur separuh masak yang terbaik.

Kali ini kami mahu kongsikan bersama anda bagaimana cara-cara untuk mendapatkan telur separuh masak atau telur rebus sempurna. Bagi membuktikan perkara ini betul, kami telah lakukan sendiri megikut kiraan masa yang sebenar.

Mula-mula, beli telur ayam sebanyak mana yang anda mahu.

5

Kemudian jangan lupa bersihkan dulu telur ayam tersebut ya. Kebersihan untuk anak-anak kita makan penting ya makcik, akak di rumah (baca dalam nada suara Chef Wan)

3

Bila sudah basuh, maka kita kena tentukan sama ada kita nak makan telur separuh masak atau mahu makan telur rebus sepenuhnya yang selalu makan dengan nasi lemak rendang itu.

Keadaan telur ayam direbus berbeza masa akan menghasilkan tekstur dalam telur yang berbeza. Tengok, kami ajar rebus macam ajar kelas Sains. Jika anda rebus telur dua minit, telur akan jadi macam ini

8

Siap boleh cicah lagi dengan serunding cheese roll kami

2

Jika anda masak dalam masa 4 minit sehingga 4 minit setengah, dapat telur yang macam ini, putih dia sudah cantik dan kuning dia masih lagi belum masak sepenuhnya. Lazat dah jika dapat yang ini pun.

10

Kami suka telur yang sudah masak sebegini, makan dengan sedikit kicap manis

9

Manakala jika anda masak dalam masa 8 minit, anda akan dapat telur ayam yang sudah masak sepenuhnya belaka. Sesuai untuk bagi orang masa kenduri kahwin

7

Telur ayam yang sudah masak sepenuhnya begini juga sesuai untuk dijadikan bahan dalam masak merah

1

Kami kongsikan dan terangkan kepada anda, antara kaitan masa dan juga tahap kemasakan telur dalam gambar di bawah ini.

Cara yang kami gunakan ini ialah dengan mendidihkan air sehingga menggelegak di dalam periuk.

Kemudian, matikan api dan masukkan telur (set masa untuk dapatkan tekstur telur ayam kegemaran anda).
Tidak perlu tutup periuk. Malah periuk juga boleh dialihkan daripada dapur. Cara ini sesuai bagi mereka yang ada banyak kerja di dapur kerana tidak perlu menjaga api setiap masa.

4

2 minit
Putih telur belum lagi membentuk dan kuningnya masih mentah
4 minit
Putih telur sudah masak, tetapi kuningnya masih melekit-lekit
6 minit
Putih telur sudah masak, tetapi bahagian tengah kuningnya masih belum masak sehabisnya
8 minit
Putih dan kuning telur sudah masak, tapi kuning telur masih lagi lembut
10 minit
Okay, sudah masak sepenuhnya dan boleh berhenti gosip sementara tunggu telur ayam masak tadi

Selepas selesai masak, jika anda ingin kupas telur yang sudah rebus sepenuhnya tadi, ambil dan letakkan di dalam air sejuk untuk memudahkan proses tanggal kulit atau mak kita lebih suka panggil – “eh angah, tolong mak kopek telur ayam ni boleh” – saranan kami, pecahkan dari bahagian bawah dahulu

12

Bila sudah pecahkan dari bawah (bahagian bawah telur ayam ialah bahagian yang gemuk, bukan yang runcing itu)

11

Tetapi kupaslah macam mana pun, janji boleh makan. Biasanya kami kupas jadi cacat teruk telur. Bukan apa, jika molek-molek masak cantik, nanti ke dalam perut juga perginya.

6

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Merebus Telur


Perbezaan Suhu
Telur yang baru dikeluarkan daripada peti sejuk mengambil masa sedikit lama untuk masak.

Saiz Telur
Lagi besar saiz telur ayam tersebut maka lagi lama masa diambil untuk memasak

Kuantiti Air Menentukan Masa Merebus
Lagi banyak air, lagi pantas ia akan mengambil masa untuk merebus (berbeza mengikut jumlah telur) dan jika terlalu sedikit air, suhu air pula akan cepat jatuh maka akan menghasilkan telur yang tidak masak.
Kami biasa buat, letak air banyak sikit dari permukaan telur. Kiranya telur akan tenggelam sedikit lebih kurang 1 sentimeter (betulkan kami jika salah bab sukatan air ini).

Kesimpulannya ketika melakukan eksperimen memasak telur rebus ini, kita akan belajar daripada sukatan air sehinggalah masa rebusan yang tepat. Yang bab saiz telur itu memang ada kesan juga. Apa-apa pun, kami sangat mengalu-alukan perkongsian anda semua bagi mendapatkan hasil rebusan telur ayam yang sempurna.

Ini baru bab rebus telur, baru kami tahu betapa hebatnya ibu-ibu di atas dunia ini memasak. Nampak mudah pada luarannya tapi dari latihan rebus telur banyak kali jugalah kita akan belajar. Jom layan gambar apa yang anda boleh buat denga telur rebus orang kenduri kahwin bagi.

Telur masak merah makan sekali dengan kicap manis

telur4

Boleh juga masak kari atau gulai

telur2

Kami pantang jumpa nasi lemak rendang ada telur rebus

telur1

Jika anda gigih ingin tahu, cuba tanya mak cik jual nasi lemak bungkus, kami jamin dia ada tips yang lagi menarik



telur3

Sabtu, 9 Mei 2015

50 Khasiat Kunyit untuk Kecantikan dan Kesehatan

 


Ingatkah anda bahwa negri indonesia terkenal akan rempah rempahnya. Termasuk yang satu ini yaitu Kunyit, Kunyit merupakan salah satu bumbu dapur yang sangat sering sekali kita jumpai. Bahkan kumyit ini banyak sekali dipakai untuk memasak karena cita rasanya yang khas. Tapi taukah anda bahwa bumbu dapur yang terkadang sering disepelekan merupakan tanaman yang bisa dijadikan sebagai obat penyakit? bahkan bisa membantu mempercantik diiri anda.

Kunyit biasanya dijadikan bumbu opor ayam, tumpeng, nasi kuning, jamu. Bahkan dizaman yang modern ini kunyit sudah dibuat menjadi prodak dalam kemasan yang siap diminum. Anda juga bisa mengkonsumsi kunyit ini dalam bentik jamu. Nah sekarang anda juga harus tau apa sih kunyit itu? Dan apa saja manfaatnya?.

Manfaat Kunyit

 

Manfaat kunyit untuk kulit
Rimpang Kunyit


Kunyit yang dikenal dalam bahasa latinnya sebagai Curcuma domestica, Vhal. Merupakan suku tumbuhan atau Familia dari Zingiberaceae merupakan tunbuhan atau rempah rempah yang berasal dari India. Kunyit ini memiliki nama panggilan yang berbeda ditiap daerah contohnya Saffron (inggris), Kurkuma (Belanda),Koneng (Sunda), Kunir (Jawa), Konyet (Madura).

Kunyit dapat tumbuh hampir diseluruh pulau jawa. Selain itu biasanya juga tumbuh liar disekitar semak semak hutan jati. Namun dengan banyaknya permntaan akan kebutuhan makanya kunyit sekarang banyak dibudidayakan menjadi tumbuhan terna.

Ciri - ciri Tumbuhan Kunyit

Ciri - ciri tumbuhan kunyit
Tumbuhan Kunyit
  • Bisa kita lihat daunnya mirip seperti daun pisang hanya saja ukurannya lebih kecil. Jadinya kaya tumbuhan jenis pisang - pisangan.
  • Daunnya berwarna hijau
  • Batang dan helaian daunnya berbentuk bulat telur
  • Luar kunyitnya berwarna coklat kejinggaan
  • dan dalamnya sendiri berwarna kuning, merah, jingga

 

Jenis - Jenis Kunyit


Khasiat Kunyit untuk Melembutkan kulit
Kunyit Kuning
1. Kunyit Kuning

Merupakan kunyit yang sering sekali dipergunakan dan mudah dijumpai. Kunyit ini pulalah yang biasa dijadikan sebagai bahan bumbu masakan untuk menambah rasa khas pada masakan. Contohnya saja kuning ini sering dipakai untuk membuat nasi kuning yang khas dan enak sekali rasanya.

2. Kunyit Putih

Obati Berbagai Penyakit dengan Kunyit Putih
Kunyit Putih
Kunyit putih ini umumnya memilki daging yang berwarna putih. Maka dari itulah sering disebut sebagai kunyit putih. Kunyit putih tidak termasuk kedalam keturunan curcumae karena memiliki warna yang putih. Maka dari itu ciri khasnya berwarna putih dan transparan. Kunyit putih sering juga disebut sebagai temu rapet atau temu putri.

3. Kunyit Merah
Mempercantik diri dengan bantuan kunyit merah
Kunyit Merah


Sebenarnya kunyit merah hampir sama dengan kunyit kuning hanya saja warnanya lenig kemerah merahan. Kunyit ini juga biasa dipakai sebagai bumbu dapur. dan dapat mengobati berbagai penyakit baik ringan ataupun berat.

4. Kunyit Hitam

Cara Cepat Awet Muda dengan Kunyit Hitam
Kunyit Hitam
Kunyit hitam merupakan salah satu tumbuhan yang sangat langka sekali sehingga sangat sulit untuk mencari saat ini. Kunyit ini sangat banyak sekali peminatnya karena bisa mengobati kista dan juga bisa membuat kita menjadi awet muda. Nah kunyit satu ini tuh biasanya sering dikait - kaitkan dengan hal mistik. Kunyit hitam pada dasarnya memiliki bentuk yang sama seperti kunyit pada umumnya hanya saja daginggnya berwarna biru kehitaman atau ungu kehitaman.

Kandungan dalam Kunyit

  • Minyak Atsiri 
  • Pati
  • Zat Pahit
  • Resim
  • Selulosa
  • Mineral
  • Kurkumin

Khasiat Kunyit Untuk Kesehatan

Kunyit memiliki banyak sekali khasiat untuk menjaga tubuh kita menjadi tetap sehat. Selain itu kunyit juga dipercaya bisa mengobati berbagai penyakit dari penyakit yang ringan hingga penyakit berat. ini dia beberapa penyakit yang bisa diobati dengan mengkonsumsi kunyit.
  1. Diabetes Mellitus
  2. Tifus
  3. Usus Buntu
  4. Disentri
  5. Sakit Keputihan
  6. Haid tidak lancar
  7. Perut mules pada saat haid
  8. Membantu memperlancar ASI
  9. Mampu membantu memperlancar saat persalinan
  10. Menyapih bayi
  11. Cangkrang (waterproken)
  12. Amandel
  13. Berak Lendir
  14. Morbili
  15. Sakit Perut
  16. Perut Mual
  17. Perut Mulas
  18. Perut Kembung
  19. Diare
  20. Maag
  21. Sembelit
  22. Susah untuk buang air besar
  23. Sakit Kepala
  24. Sariawan
  25. Mabuk Kendaraan
  26. Sakit karena gigi berlubang
  27. Penambah darah
  28. Membersihkan darah
  29. Menambah Nafsu Makan
  30. Eksim
  31. Mengobati bisul
  32. Mengobati borok atau koreng
  33. Mengobati bengkak karena disengant oleh serangga atau bulu ulat
  34. Kurap 
  35. Gatal - gatal

Khasiat Kunyit untuk Kecantikan

  1. Menghilangkan Noda bekas jerawat
  2. Membuat kulit menjadi lebis halus
  3. Bisa membuat kulit telihat lebih kencang dan awet muda
  4. Mengobati Jerawat
  5. Mengobati kulit berminyak karena bisa mengurangi produksi miyak berlebih pada kulit
  6. Menyamarkan kerutan
  7. Mencegah terjadinya penuaan dini
  8. Mengurangi bulu pada kulit
  9. Mengatasi Rambut Rontok
  10. Mengatasi rambut berketombe
  11. Membantu mengangkat sel - sel kulit mati
  12. Bisa menghaluskan kulit tumit dan siku
  13. Bisa dijadikan sebagai pewarna rambut yang alami
  14. Melembabkan kulit yang kering
  15. Membuat kulit gelap menjadi lebih cerah dan putih.

Sabtu, 17 Januari 2015


KHASIAT MINYAK ZAITON
 


 


 

Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??

Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

 

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

 Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. 

Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". 

Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. 

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. 

Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan  penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. 

 Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

 Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

 Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

 Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. 

Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. 

Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

 Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. 

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. 

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. 

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

 CARA PENGAMBILAN:

 1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan. 

2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).