Resepi

 

1. RESEPI NASI TOMATO 
    AYAM MASAK MERAH


Pengenalan

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah adalah salah satu tradisi makanan yang disambut hangat di kalangan masyarakat Melayu di negeri-nergeri Malaysia, terutamanya sangat terkenal di Pahang. Nasi Tomato adalah sejenis pembudayaan makanan melayu, jadi sentiasa dihidangkan dalam majlis perkahwinan Melayu dan perayaan Melayu seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha. Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara), Nasi Tomato beserta lauk-pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi Tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain.

Ciri utama Resepi Nasi Tomato adalah menggunakan rempah ratus yang banyak, serta sos tomato yang penting untuk menghasilkan makanan yang mempunyai rasa. Perasa lain seperti sambal adalah penting untuk menambahkan kesedapan makanan. Capcicum merah digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.

Sementera itu, hidangan Nasi Tomato ini biasanya dihidangkan dengan sup kosong, pencicah-pencicah sos seperti cili, halia dan kicap. Hirisan tomato dan timun juga dihidangkan untuk gizi seimbang. Maka hidangan Nasi Tomato juga adalah satu hidangan yang amat baik dari segi nutrisi dan juga kelazatan. Bagaimanapun ramai orang telah membangunkan cita rasa dan resepi khas mereka yang tersendiri bagi Nasi Tomato, seperti Nasi Tomato Special, Nasi Tomato Beras India Gate, Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah, Nasi Tomato Express, Nasi Tomato dan lain-lain. Resepi Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah akan dipilih dan ditekankan dalam resepi ini.


Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah 

 
Bahan-Bahan untuk Nasi Tomato
(Sesuai untuk 5-6 orang)

3 cawan beras basmati (cuci dan rendam selama 30 minit)
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dititik)
1 helai daun pandan (dikat dan disimpul)
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang


Bahan-Bahan untuk Ayam Masak Merah

3/4 ekor Ayam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 inci halia
15-20 cili kering (ikut kepedasan sesuka hati)
1 batang serai (diketuk)
1 cawan air kosong
4 sudu besar tomato puree
Sos tomato secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
Daun sup


Bahan-Bahan untuk Sambal

1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan


Bahan-Bahan untuk Kicap

 2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula

Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan

1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Hirisan daun bawang/daun sup
Kismis
Kacang pis
Nenas


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Tomato

1) Pertama sekali, panaskan minyak sapi dalam kuali.

2) Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan dalam kuari sehingga naik wangi.

3) Masukkan pes tomato dan tomato sos. Kacau dengan rata.

4) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.

5) Apabila bahan-bahan tumisan sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras kira-kira 1-2 minit.

6) Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.

7) Curahkan air yang sudah mendidih dan susu rendah lemak ke dalam periuk nasi.

8) Masukkan garam secukup rasa dan kacau dengan rata.

9) Masak seperi biasa sehingga nasi menjadi kering.

10) Taburkan kismis dan kacang pis ke atas nasi sebagai hiasan.

11) Selepas nasi sudah masak, tutupkan suis periuk nasi tersebut.

12) Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan lain-lain.

Tips: Nasi tadi juga boleh dikukus dan dialas dengan daun pisang apabila nasi sudah masak. Cucukkan sedikit daun tadi untuk membuat lubang dan kukus nasi tersebut sehingga masak sekali lagi. Nasi akan lebih sedap dimakan dan tidak akan melekat.


Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Masak Merah

1) Bersihkan ayam terlebih dahulu. Potongkan ayam kecil-kecil dan digaul dengan kunyit dan garam secukupnya.

2) Perapkan selama 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan dahulu.

3) Kisarkan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia.

4) Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan dikisar sehingga wangi bersama bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

5) Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan masakkan sampai betul-betul masak.

6) Masukkan secawan air, serai, tomato puree dan sos tomato. Masak mendidih sebentar.

7) Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.

8) Masukkan gula dan garam secukupnya.

9) Masak sehingga agak pekat dan tutupkan api. Hidangkan dengan Nasi Tomato yang telah siap disediakan. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal

 1) Kisarkan semua bahan.

2) Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan.


Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap

 1) Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.

Tips: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau.

Resepi Nasi Tomato merupakan salah satu jenis resepi hidangan yang sangat berkhasiat kerana lengkap dengan karbohidrat dari nasi dan zat vitamin dari tomato dan nenas. Nasi Tomato adalah sejenis nasi yang boleh dimasak dengan lauk-pauk yang berbeza dan mungkin merupakan hidangan Melayu paling terkenal yang mudah didapati di setiap pekan dan kampung Melayu serta dianggap sebagai hidangan kebangsaan Malaysia. 



2. WADAI KIPENG 

 

320922_259888677384473_100000900274552_797921_1832498844_n
Mmasakan tradisi orang banjar...masak selama setengah jam sahaja..

Bahan-bahan ( 5-8 orang makan )



3 cawan tepung pulut - air untuk membuat doh - 1/2 kg santan - 2 helai daun pandan dipintal - 100g gula merah (dimasak dan ditapis) - 150 g gula pasir - garam secukup rasa


Cara-cara 


  1. Gaul tepung dengan air hingga menjadi doh lembut kemudian ambil sedikit doh dibentuk sebesar buah guli dan dipenyet ditengahnya.
  2. Lakukan sehingga habis doh tersebut .
  3. Sementara itu masak santan,gula pasir,air gula merah,garam dan daun pandan (yang dipintal) sehingga mendidih dengan api sederhana.. 
  4. Setelah mendidi masukan cebisan2 doh tadi kedalam kuah santan.
  5. Masak sehingga doh tadi timbul.. 
  6. Tutup api dan hidangkan kepada yang tersayang selamat mencuba... 


3. NASI AMBENG


( Makanan tradisi orang Jawa )

Nasi Ambeng  ( Resepi Puan Shahriah ) 

 

Bahan-bahan:


  • Beras
  • Bawang Besar Holland
  • Bawang Merah Kecil
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Cili Api
  • Limau Nipis
  • Ikan Bilis
  • Mee Suhun
  • Kelapa Parut
  • Udang Kering
  • Kepak Ayam
  • Kulit Taufu
  • Kacang Panjang
  • Kicap
  • Belacan
  • Kunyit

Cara-cara penyediaan Sayur Lodeh:

  • Tumbuk bawang besar holland, bawang merah kecil, bawang putih dan kunyit.
  • Celur kulit taufu dengan air panas sehingga lembut dan tapis. Kemudian potong mengikut selera.
  • Potong kacang panjang dalam 3 inci dan ketepikan.
  • Rendam ikan bilis dengan air panas untuk menghilangkan masin kemudian cuci bersih dan tapis.
  • Panaskan minyak untuk menumis bahan yang ditumbuk tadi hingga terbit aroma. Masukkan ikan bilis dan kacau hingga garing sedikit kemudian masukkan mee suhun, kacang panjang dan kulit taufu, gaul sehingga masak untuk perasa masukkan garam dan lada sulah.

Cara-cara penyediaan Ayam Goreng:

  • Perap ayam dengan kicap dan gula.
  • Panaskan minyak untuk mengoreng ayam selama 5 minit angkat dan ketepikan.
  • Cara penyediaan Sambal Kicap:Tumbuk sedikit lengkuas dan halia hingga separuh lumat, masukkan gula dan kicap.
  • Cara penyediaan Kerisik Kelapa:Tumbuk bawang merah kecil belacan bawang putih dan cili api. Kemudian di sangai bersama kelapa parut hingga agak keperangan, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Cara penyediaan Sambal Loteh:Tumbuk cili padi, cili merah, bawang merah kecil dan bawang putih. Perah jus limau dan untuk perasa masukkan gula dan garam secukup rasa.

Tiada ulasan:

Catat Komen